Permata Laut Silan 001 - Korban
Terbitan sulung ini memperkenalkan Seri, seorang alkemis dan Hitam, yang terkena sumpahan 'hidup kekal abadi', di dalam misi menyelamatkan seorang gadis daripada menjadi mangsa upacara korban.
Berkisar di zaman silam alam mistik Melayu, Permata Laut Silan adalah sebuah komik bersiri, berwarna penuh, 24 muka surat, ditulis oleh Aemir Khalid dan dilukis oleh Anshari.
Edisi Bahasa Inggeris, , juga boleh didapati di pautan ini https://gum.co/silan001eng
Bayar Ikut Sukalah
Naskah sulung ini kami terbitkan untuk anda miliki berdasarkan konsepĀ BIS, dengan harapan konsep yang sama akan diguna-pakai untuk terbitan siri-siri yang akan datang sekiranya sambutannya menggalakkan.
Komik ini dihasilkan secara sambilan di celah-celah ruang masa yang terbatas. Oleh itu, kami amat berharap sokongan atau/dan sumbangan ikhlas daripada anda akan membolehkan kami berkarya dengan sepenuh masa agar komik ini akan menjadi lebih berkualiti dan kemunculannya akan lebih kerap.
Sokongan dalam mewar-warkan projek komik kami ini amatlah dihargai.
Terima kasih.
Anda akan menerima 1 edisi digital dalam format PDF