Sistem Senang Solo 1: Bossa Biru

$50
3 ratings

Bayangkan awak jamming dengan gitaris terer & awak solo sedap, walaupun awak tak pernah ke Berklee, malahan member semua kagum dengan solo sedap awak tu...

Mungkin awak dah tengok video saya jamming lagu Blue Bossa dengan Jack Thammarat. Jack seorang gitaris yang menjadi idola kepada ramai gitaris dunia.

Saya pun peminat permainan gitar dia!


Jadi, saya terharu bila dia drive dari rumah dia (yang beberapa jam dari Bangkok) untuk lepak dengan saya kat studio lama dia di Bangkok.

Time tu, kitaorang jamming & berbual muzik selama hampir 6 jam. Antara hasil sesi lepak tu adalah video jamming termasuk lagu Blue Bossa nukilan Kenny Dorham.


Awak dah tengok video tu...

Lepas tu awak tengok dok fikir:

  • Apa scales diaorang pakai ni
  • Camana nak solo jazz ni
  • Tak faham aku apa chords jazz ni
  • Teringinlah nak main gitar macam ni
  • Aku pun nak dapat bunyi jazz sikit-sikit
  • Takkanlah pentatonic je aku pakai sampai tua

Ramai yang tanya saya:

Cikgu, apa scales yang cikgu pakai untuk main jazz?

Camana boleh solo bunyi macam tu?


Well, kali ni awak dapat satu SECRET WEAPON yang meningkatkan skills awak.

Ini dia Sistem Senang Solo 1: Bossa Biru

Dalam video ni, awak dapat:

  • Setiap chords, arpeggio, scales WAJIB TAHU untuk boleh solo dengan sedap (dan bukan main belasah je)

  • Rahsia solo old timer jazz zaman 30-an dulu (yang ramai jazzer moden pun lupa pakai)

  • Arpeggio gaya Willmott - satu cara main arpeggios yang professor Berklee Bret Willmott tunjuk kat saya. Ilmu ni saja akan tukar cara awak solo dari nasi goreng biasa ke level nasi goreng special

  • Cara Latihan Halberstadt - satu teknik latihan yang saya belajar dari pianist jazz Randy Halberstadt yang sesuai dipakai untuk apa-apa style muzik (bukan saja jazz)

  • Strategi Resolusi Stowell - satu ilmu yang gitaris jazz John Stowell turunkan kepada saya untuk buat solo awak lebih menarik & tak boring macam orang lain

  • Masteri Moreno - ketahui 2 inti penting untuk belajar jazz yang gitaris jazz ternama Mike Moreno cerita kat workshop jazz di Thailand yang saya hadiri (benda ni saja menukar cara saya berlatih dan buatkan latihan saya lebih fokus lepas tu)

  • Tips Jamming dengan Gitaris Pro supaya kalau awak dapat peluang jamming dengan gitaris hero awak, awak tak gelabah (ramai tak tahu ilmu ni)

  • Diagram fretboard untuk setiap chords, arpeggios, scales yang memudahkan awak bersolo (dan lebih lancar lagi)

Kenapa Sistem Senang Solo 1 ni penting untuk awak?


Banyak video dan buku yang ajar jazz beri TERLALU banyak info yang melampau.

Ada yang beri teori beratus mukasurat sampai pening kepala awak baca pasal circle of fifths, modes, tritone substitution, modulation, key centre playing - tapi lepas dah baca semua tu, solo awak masih ke laut juga.

Apa cerita macam tu?

Ada orang cuma reti sembang teori. Diaorang taip (atau cut and paste) ilmu teori pelbagai yang dia jumpa online, tapi bila awak dengar dia main, bukannya sedap mana pun.

JANGAN TERPEDAYA!

Yang penting tu awak tahu benda yang WAJIB dulu. Lepas kuasai benda wajib tu, barulah keyakinan awak tu semakin tinggi lagi.

Mungkin awak tanya:

Abang bolehlah solo gitu - abang dah pergi Berklee, saya ni solo biasaan je, pentatonic pun tak lepas, camana nak tangkap jazz ni?

Begini bro. Benda ini bukan pasal where you are. Yang penting tu kena ada guidance, ada bimbingan.

Saya masa start dulu cuba main jazz, HANCUR!

Nampak je chord D-7b5, G7(b9/b13), Fmin7(9/11) dulu... PENING TU!

Tapi dengan usaha saya cari ilmu & woodshed (itu istilah jazz untuk practice), saya akhirnya jumpa kunci main jazz ni.

Sejujur-jujurnya, saya masih ada banyak benda kena belajar.


Akan tetapi, saya dah jumpa inti ilmu penting yang berjaya mengubah cara saya main gitar. Ini ilmu yang saya dapat dari belajar dengan pemuzik world class serata dunia termasuk gitaris macam Julian Lage, Mike Moreno, Wayne Krantz, Mick Goodrick, David Tronzo, Sid Jacobs dan ramai lagi.


(Kalau awak tak kenal nama-nama tu, don’t worry - lepak dengan saya nanti awak akan kenal siapa yang penting untuk follow pasal bab jazz ni)


Yang untung belajar dengan saya ni, awak dapat ilmu yang makan masa 24 tahun untuk saya cari. Saya merantau dunia supaya awak boleh rilek je dapat tangkap benda ni kat keselesaan rumah awak.


Lepas tu, kos belajar ni pun tak setinggi yang saya dulu invest.

Siapa saya & kenapa awak nak percaya saya ni?

Nama saya Az Samad & saya pemuzik professional yang berpengalaman dalam industri muzik selama 24 tahun.

Saya mula main gitar dulu selepas dengar album Nirvana: Unplugged in New York & kemudian:

+ belajar classical guitar

+ graduate dengan ijazah dari University of Westminster, UK dalam pengkhususan Professional Music (Arranging)

+ menuntut ke Berkee College of Music (Boston, MA, USA) & graduate dengan dual major BM in Music (Jazz Composition & Guitar Performance - Summa Cum Laude Honors)

+ join fakulti Berklee Summer Guitar Sessions di Berklee College of Music pada tahun 2017 & 2018 mengajar kelas 'Fretboard Harmony'

+ graduate dari San Jose State University, California (USA) dengan Masters in Music (Jazz)

+ perform di USA, Eropah & Asia Tenggara

+ pernah bekerja sebagai komposer, sessionist, gitaris, arranger & musical director

+ berpengalaman perform sebagai gitaris untuk konsert Pops Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)

+ pernah perform dengan pemuzik seperti Bumblefoot, Zee Avi, Adam Rafferty, Mike Dawes dan ramai lagi.

+ komposer jemputan untuk video game 'No Straight Roads' yang terbit untuk PC, Playstation 4, Nintendo Switch & Xbox One

+ gitaris kolaborasi dengan Salammusik & Altimet dalam lagu 'Bangkit' (1,841,401 views di YouTube)

+ dipilih untuk mewakili Malaysia di festival jazz terbesar Korea Selatan, Jarasum International Jazz Festival (persembahan solo)

+ dijemput perform di Hong Kong International Jazz Festival dengan trio, Az Samad Trio 


Pelaburan yang berbaloi


Tahukah awak, sekarang kalau nak belajar kat Berklee College of Music (kolej yang saya graduate & ajar dulu kat Summer Guitar Sessions), yuran semester (4 bulan lebih) adalah dalam US$20,000 ke US$22,000?

Tu maksudnya, kalau awak nak pergi ke US untuk dapat ilmu jazz ni, kena belanja RM80,000 lebih (tu tak masuk flight, makan, tempat tinggal lagi).

Kalau tak ada biasiswa memang ramai tak dapat pergi.

Tapi don’t worry. Awak tak perlu pindah ke Boston, sebab saya bawak ilmu Berklee kepada awak.

Untuk kali ni, awak dapat semua ilmu yang menukar permainan gitar awak dengan cuma US$50 atau RM200

  • Tak perlu terbang 24 jam ke USA
  • Tak perlu pergi imigresyen
  • Tak perlu simpan duit bertahun-tahun
  • Tak perlu ambil loan atau jual gitar, rumah dan koleksi Transformers awak semua


So, tunggu apa lagi?

US$50 atau RM200 ni cuma 0.25% dari yuran satu semester kat Berklee.

Ok tu. Kira harga mampu.

Kalau awak divide 30 hari, tu macam simpan RM6.67 sehari untuk dapatkan ni.

Mulakan perjalanan jazz awak sekarang

Klik "I want this" dan dapatkan Sistem Senang Solo 1


9x Bonus

BONUS #1: (VIDEO) Triads untuk Cminor7 ($3 Value)
BONUS #2: (VIDEO) Triads untuk G7 Altered ($3 Value)
BONUS #3: (VIDEO) Altered Scale ($3 Value)
BONUS #4: (VIDEO) Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 1 ($5 Value)
BONUS #5: (VIDEO) Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 2 ($5 Value)
BONUS #6: (VIDEO) Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 3 ($5 Value)
BONUS #7: (VIDEO) Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 4 ($5 Value)
BONUS #8: (PDF) Nota Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 1 ke 4 ($10 Value)
BONUS #9: (PDF) Sample Solo Etude 1 ($3 Value)


Ni yang awak dapat:

(21 VIDEO) Sistem Senang Solo 1 ($30 Value)
(PDF) Nota untuk Sistem Senang Solo 1 ($10 Value)
(VIDEO) Triads untuk Cminor7 ($3 Value)
(VIDEO) Triads untuk G7 Altered ($3 Value)
(VIDEO) Altered Scale ($3 Value)
(VIDEO) Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 1 ($5 Value)
(VIDEO) Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 2 ($5 Value)
(VIDEO) Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 3 ($5 Value)
(VIDEO) Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 4 ($5 Value)
(PDF) Nota Asas Solo Untuk Jazz Buat Gitaris - Bahagian 1 ke 4 ($10 Value)
(PDF) Sample Solo Etude 1 ($3 Value)


JUMLAH SEBENAR: US$82 (RM328)

AWAK CUMA INVEST: US$50 (RM200)


Sedia?

Klik ‘I want this’ untuk dapatkan ni sekarang.

I want this!

28 Video & 6 Fail PDF

Copy product URL

Ratings

5.0
(3 ratings)
5 stars
100%
4 stars
0%
3 stars
0%
2 stars
0%
1 star
0%
$50

Sistem Senang Solo 1: Bossa Biru

3 ratings
I want this!